Tuesday 18 March 2014

mb selangor




assalamualaikum
attention kepada rakyat malaysia especially warga selangor..
korang dah kenal ke dengan mb selangor ni.. kalau blom,,
meh sini aku kenalkan,,, 
 Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abd Khalid Bin Ibrahim, P.S.M., S.P.M.S., D.P.M.S., D.S.A.P., lahir pada 1946 di Jeram, Selangor.
* Memperoleh Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.
* Ahli Jawatankuasa Eksekutif Unit Investment Fund.
* Ahli "Financial Engineering Advisory Forum" Bank Pembangunan Islam, Jeddah.
* Ahli gantian Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).
* Menganggotai Lembaga Pusat Produktiviti Kebangsaan dan anggota Lembaga Amanah Institut Kaji Selidik Ekonomi Malaysia (MIER).
* Pernah berkhidmat sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit, pegawai kewangan korporat di samping pelbagai jawatan pengurusan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan dan sehingga 2003 merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad.
* Di samping itu, beliau turut menjadi Pengerusi Highlands and Lowlands dan Guthrie Ropel, yang merupakan syarikat-syarikat perladangan yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.
* Telah menghadiri International Visitors Program Amerika Syarikat pada 1983 dan Fellowship Pertukaran Einsenhower pada 1989.
* Pada Disember 15, 1998, Tan Sri menerima anugerah CEO Tahunan Malaysia 1997 yang dianjurkan bersama oleh Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Tan Sri turut mendapat pengiktirafan dari Universiti Queensland apabila menerima Anugerah Alumnus Antarabangsa yang pertama pada 2001.
* Pada Julai 10, 2003, Tan Sri menerima anugerah "AAAB Captain of Industry Award 2002 (First Asian Academy of Applied Business)" dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dan baru sahaja dianugerahkan Feloship Pelawat Kanan oleh Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford.
* Dan kini Tan Sri berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor yang ke 14.
di sini aku sertakan link nak mengetahui dengan lebih lanjut:

No comments:

Post a Comment