Sunday 2 August 2015

Assalamualaikum...
Memandangkan entry dah lama tak buat....
Blog pon dah besawang... 
Banyak pulak tu labah labah... 
Nak mintak pendapat la camne nak bagi followers 
Meningkat?????????????

Tak pe la.... Skrg ni kan banyak page2 fb yg popular macam amran fans,siakap keli,sukan star, oh media... Xpe saya akan follow idea korang... 
Ok bubye..

Tuesday 25 March 2014

mesir jatuhkan hukuman mati kepada 529 ahli Ikhwatul Muslimin

mahkamah jenayah al-minya mengeluarkan keputusan hari ini menjatuhkan hukuman bunuh 
kepada 529 ahli ikhwatul muslimin dan penyokong mohamad mursi , termasuk mursyidul am im muhamad 
badie dan presiden freedom and justice party (fjp) saad al-khatani, 16 defenden lain pula di bebaskan.

keputusan ini sedang menunggu pengesahan mufti mesir,
keputusan akhir akan diumumkan pada 28 april 2014.
sesi tersebut dilangsungkan dengan ketiadaan defendan dan peguam,
menurut terek faoda , wakil sindiket peguam al-minya

seramai 545 defendan , 397 daripada mereka dibicarakan tanpa kehadiran mereka ,
telah didakwa menyerang pejabat polis di samalot dan kejiranana matay di governote al-minya
ketika pertempuran ganas selepas pembunuhan beramai-ramai di medan rabiatul adawiyah
14 ogos lalu.



pilihanraya kecil kajang n25

alhamdulillah hampir seminggu aku dan otai otai keadilan sabak bernam berhempas pulas 
membantu pilihan raya kecil kajang,, akhirnya segala penat lelah yang dilalui membuahkan hasil kejayaan
calon pkr n25 ds wan azizah telah berjaya menewaskan lawan nya chew mei fun bn,,
tahniah diucapkan kepada d s wan azizah..

keputusan rasmi dibuat pada malam selepas mengundi dengan keputusan
chew mei fun (bn) = 11,362
ds wan azizah (pkr) = 16,741
majoriti = 5,379
undi rosak = 176
peratusan keluar mengundi = 72.1%..

tidak lupa juga diucapkan tahnuah kepada otai otai pkr sabak bernam abg razif maini,
ajak karip abg man berong cikgu anuar mujir dan lain lain... tahniah..
segala pahit manis yang berlalu dijadikan kenangan bersama..
















Tuesday 18 March 2014

bomoh vip

tak habis habis nak saman saman orang,,,
haritu bomoh ni ckap nak saman kj..
ni nak saman anwar ibrahim pulak,,,
saman kj 100j
saman dsai 300j
= 400j
banyak duit bomoh ni nanati 
hahahahahah
ni link video bomoh vip menyatakan nak saman dsai 300j
kes besar dsai dengan papagomo pon baru 800k,,
ni pulak kes kecik saman malu nak saman banyak banyak sampai 300j
ingat malaysia ni dia punya boleh buat suke hati,
pirahhh...
for your information bomoh vip...
ramai orang bang ko..
sudah lah tu,,,
ko ni memalukan malaysia je...
shit bomoh 1 malaysia...

bomoh vip ni menyatakan bahawa air dalam labu sayong tu mengandungi air zam zam dan air lubuk pusing.
bile mase pulak dia ni masok kampung aku... 
kebarangkalian,, bomoh vip ni akan masuk lagi untuk ambil air lubuk pusing ni... 
air lubuk pusing ni memang la baik untuk kesihatan dan ramai juga pengamal perubatan 
islam mengambil untuk berubat,, tetapi jangan lah mengambil air ni dan 
melakukan kerja khurafat,,,..
air lubuk pusing tak pe lagi,, ni air zam zam,, 
air suci dibuatnya kerja khurafat...
haishhh ape nak jadi bomoh vip 1 malaysia ni...
cukup cukup lah tu,,,

nafas baru prk sabak bernam

memandangkan pilihan raya kecil di kajang akan berlangsung,,
parti keadilan rakyat sabak bernam akan berjuang bagi memastikan kemenangan
di pihak ds wan azizah di kajang,,
di kesempatan ini kami sebagai ahli pkr sabak bernam mengambil keputusan 
untuk membuat t shirt untuk menyokong p.r.k di kajang..
dalam masa yang singkat ni,, 
kami telah mengambil design ini sebagai sokongan kami
dari cabang sabak bernam.,

mudah mudahan kemenangan berpihak kepada ds wan azizah.

mb selangor




assalamualaikum
attention kepada rakyat malaysia especially warga selangor..
korang dah kenal ke dengan mb selangor ni.. kalau blom,,
meh sini aku kenalkan,,, 
 Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abd Khalid Bin Ibrahim, P.S.M., S.P.M.S., D.P.M.S., D.S.A.P., lahir pada 1946 di Jeram, Selangor.
* Memperoleh Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.
* Ahli Jawatankuasa Eksekutif Unit Investment Fund.
* Ahli "Financial Engineering Advisory Forum" Bank Pembangunan Islam, Jeddah.
* Ahli gantian Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).
* Menganggotai Lembaga Pusat Produktiviti Kebangsaan dan anggota Lembaga Amanah Institut Kaji Selidik Ekonomi Malaysia (MIER).
* Pernah berkhidmat sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit, pegawai kewangan korporat di samping pelbagai jawatan pengurusan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan dan sehingga 2003 merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad.
* Di samping itu, beliau turut menjadi Pengerusi Highlands and Lowlands dan Guthrie Ropel, yang merupakan syarikat-syarikat perladangan yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.
* Telah menghadiri International Visitors Program Amerika Syarikat pada 1983 dan Fellowship Pertukaran Einsenhower pada 1989.
* Pada Disember 15, 1998, Tan Sri menerima anugerah CEO Tahunan Malaysia 1997 yang dianjurkan bersama oleh Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Tan Sri turut mendapat pengiktirafan dari Universiti Queensland apabila menerima Anugerah Alumnus Antarabangsa yang pertama pada 2001.
* Pada Julai 10, 2003, Tan Sri menerima anugerah "AAAB Captain of Industry Award 2002 (First Asian Academy of Applied Business)" dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dan baru sahaja dianugerahkan Feloship Pelawat Kanan oleh Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford.
* Dan kini Tan Sri berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor yang ke 14.
di sini aku sertakan link nak mengetahui dengan lebih lanjut: